Sunday 4 May 2014

Surat buatMu di Hari Ulangtahun Kita

Assalamualaikum,,,
salam sayang buat suamiku,
Hari ini genap usia perkahwinan kita yang ke-2, Ayang ingin  menzahirkan rasa terima kasih buat abang sebagai suami.

Terima kasih kerana abang sentiasa sabar dengan karenah dan perangai ayang..
Terima kasih kerana sudi menjadi imam pada ayang dan InsyaAllah pada anak-anak kita..
Terima kasih kerana menerima diri ayang seadanya..
Terima kasih kerana menyayangi keluarga ayang sebagaimana abang menyanyangi keluarga abang sendiri,
Terima kasih kerana sudi mendengar segala rintihan dan rungutan ayang,
Terima Kasih kerana menjadi penawar kedukaan ayang..

Sesungguhnya abang lelaki terbaik dalam hidup ayang,
Sesungguhnya hidup bersama abang membuatkan ayang rasa sangat bahagia,
Sesungguhnya rasa kasih dan sayang ayang pada abang terlalu kuat,
Sesungguhnya ayang resah dan gelisah kalau abang tiada disisi,
Sesungguhnya kebahagiaan itu milik kita..

Doakan semoga ayang dapat jadi isteri solehah dan terbaik untuk abang,
Doakan ikatan pernikahan ini akan kekal hingga ke jannah,
Doakan agar impian kita untuk memiliki zuriat akan tercapai tak lama lagi,
Doakan agar kita dapat menempuhi ranjau kehidupan sebagi suami isteri dengan jayanya,
Doakan agar kesetiaan menjadi milik kita,
Doakan agar hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai...

Terima kasih sayang..

(surat ini di nukil pada 09 Mac 2014)